Ramai orang menyatakan bahawa suara wanita adalah aurat. Disebabkan itu, banyak persoalan timbul antaranya adakah lelaki tidak boleh berborak dengan wanita meskipun untuk tujuan tertentu.
Mengenai suara wanita, memang ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’ fiqah, ada yang menyatakan suara wanita aurat. Ada juga yang mengatakannya bukan termasuk aurat kerana itu cuba kita dekatkan kedua-dua pandangan tersebut.
Sesungguhnya suara wanita itu pada prinsipnya bukanlah termasuk aurat. Sekiranya suara wanita adalah aurat, maka tentulah sukar bagi seorang wanita untuk berkomunikasi dengan kaum lelaki. Sedangkan Islam itu adalah Ad-Dinu Yusr iaitu agama itu mudah. Wanita juga punyai naluri untuk berkomunikasi dengan manusia laen baik dengan kaum lelaki mahupun kaum wanita.
Hakikatnya, aurat suara wanita adalah terleta pada kemerduan dan kelembutan suaranya yang boleh menggoda kaum lelaki, bukan pada suara wanita itu sendiri. Firman Allah SWT:
“ Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerna yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dengan sopan).” (Surah al-Ahzab 33:32).
Allah SWT tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan , selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan kaum lelaki itu. Namun Allah SWT melarang kaum wanita memerdukan atau melembutkan suara mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergoyang keimanannya dan menimbulkan berahinya.
Imam al-Ghazali berkata: ‘Sesungguhnya suara wanita bukanlah merupakan aurat kecuali sewaktu oa bernyanyi.’ (Maka pada saat itu suaranya adalah aurat).
Menurut al-Qurtubi suara wanita disaat berkata-kata bukanlah termasuk aurat. Lelaki boleh berborak dengan wanita kerna ada hajat tertentu tetapi wanita tidak boleh memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki kerna perbuatan demikian bleh menimbulkan berahinya dan juga membuatkan ia tergoda dan suka.
Dengan demikian, sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya melainkan kerna ada hajat atau sebab-sebab yang munasabah kerna suara seorang wanita secara azalinya memang lembut dan boleh menggoda kaum lelaki apalagi sekiranya dibuat-buat sehingga menjadi merdu dan menggoda.
Dalam ketentuan syariah yang lebih berhai-hati dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam bacaan al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan azan kecuali untuk jemaah wanita sahaja, bahkan di dalam syariat fiqah apabila seorang wanita ingin menegur kekeliruan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah ia tidak boleh menegur dengan membace ‘tasbih’ sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki tetepi cukup dengan menepuk tangannya saja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Demikian pula, wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacan dalam solat dengan bacaan nyaring pada waktu solat Maghrib, Isya’ dan Subuh sebagaimana kaum lelaki. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara mereka bukan bermaksud suaranya merupakan aurat.
Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan, demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda. Inilah sangat dilarang oleh agama kerna untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah.

0 comments:
Post a Comment