0

Betulkah kita mahukan suami yang soleh?

Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru.Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodohmahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh. Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud."Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid saja, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi.Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

(Sumber: http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1399 )

0

Suara Wanita itu aurat?

Ramai orang menyatakan bahawa suara wanita adalah aurat. Disebabkan itu, banyak persoalan timbul antaranya adakah lelaki tidak boleh berborak dengan wanita meskipun untuk tujuan tertentu.

Mengenai suara wanita, memang ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’ fiqah, ada yang menyatakan suara wanita aurat. Ada juga yang mengatakannya bukan termasuk aurat kerana itu cuba kita dekatkan kedua-dua pandangan tersebut.

Sesungguhnya suara wanita itu pada prinsipnya bukanlah termasuk aurat. Sekiranya suara wanita adalah aurat, maka tentulah sukar bagi seorang wanita untuk berkomunikasi dengan kaum lelaki. Sedangkan Islam itu adalah Ad-Dinu Yusr iaitu agama itu mudah. Wanita juga punyai naluri untuk berkomunikasi dengan manusia laen baik dengan kaum lelaki mahupun kaum wanita.

Hakikatnya, aurat suara wanita adalah terleta pada kemerduan dan kelembutan suaranya yang boleh menggoda kaum lelaki, bukan pada suara wanita itu sendiri. Firman Allah SWT:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerna yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dengan sopan).” (Surah al-Ahzab 33:32).

Allah SWT tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan , selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan kaum lelaki itu. Namun Allah SWT melarang kaum wanita memerdukan atau melembutkan suara mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergoyang keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Imam al-Ghazali berkata: ‘Sesungguhnya suara wanita bukanlah merupakan aurat kecuali sewaktu oa bernyanyi.’ (Maka pada saat itu suaranya adalah aurat).

Menurut al-Qurtubi suara wanita disaat berkata-kata bukanlah termasuk aurat. Lelaki boleh berborak dengan wanita kerna ada hajat tertentu tetapi wanita tidak boleh memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki kerna perbuatan demikian bleh menimbulkan berahinya dan juga membuatkan ia tergoda dan suka.

Dengan demikian, sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya melainkan kerna ada hajat atau sebab-sebab yang munasabah kerna suara seorang wanita secara azalinya memang lembut dan boleh menggoda kaum lelaki apalagi sekiranya dibuat-buat sehingga menjadi merdu dan menggoda.

Dalam ketentuan syariah yang lebih berhai-hati dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam bacaan al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan azan kecuali untuk jemaah wanita sahaja, bahkan di dalam syariat fiqah apabila seorang wanita ingin menegur kekeliruan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah ia tidak boleh menegur dengan membace ‘tasbih’ sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki tetepi cukup dengan menepuk tangannya saja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Demikian pula, wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacan dalam solat dengan bacaan nyaring pada waktu solat Maghrib, Isya’ dan Subuh sebagaimana kaum lelaki. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara mereka bukan bermaksud suaranya merupakan aurat.

Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan, demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda. Inilah sangat dilarang oleh agama kerna untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah.

 
Copyright © IsLam itu indah :)

Design by Press75.com

Support by New Templates Blogger by Intro Blogger